Friday 7 December 2012

KEMAHIRAN PROSES SAINS



MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat  piawai
  • Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
  • Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
  • Membandingkan objek-objek menggunakan nombor 
  • Menggunakan alat dengan betul 
  • Mencatat bacaan dengan tepat 
  • Mencatat unit dengan betul 
  • Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul
  • Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan 
  • Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor 
  • Menentukan kejituan ukuran tertentu
  • Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

MEMBUAT INFERENS

  • Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak. 
  • menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian mengenal had-had inferens menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

MERAMAL

  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. 
  • Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru membezakan ramalan daripada tekaan

KEMAHIRAN PROSES SAINS


KEMAHIRAN PROSES SAINS 

  •   Memerhati
  •   Mengelas
  •  Mengukur dan menggunakan nombor
  •   Membuat inferens
  •  Meramal
  •  Berkomunikasi 
  • Menggunakan perhubungan ruang dan masa
  • Mentafsir maklumat 
  • Mendefinisi secara operasi 
  • Mengawal pemboleh ubah 
  • Membuat hipotesis 
  • Mengeksperimen


MEMERHATI

  • Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat
  • Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani Memperihal akan perubahan yang berlaku Mengenal pasti tertib sesuatu kejadian yang berlaku Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci 
  • Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.


MENGELAS

  •  Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing. 
  • Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
  • Beri nama kepada kumpulan item itu 
  • Kenal pasti ciri lain Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil 
  • Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan