SOALAN LATIHAN



Soalan latihan Set 1
                                                             Rajah 1 
1.
Cara penyebaran biji benih yang paling sesuai bagi biji benih dalam Rajah 1 ialah
 
A
air.
 
B
angin.
 
C
haiwan.
 
D
mekanisme letupan.
 
2.
Kewujudan alam semula jadi perlu dikekalkan supaya
 
A
Bumi sentiasa kelihatan hijau.
 
B
tidak menjejaskan kawasan rekreasi.
 
C
tidak berlaku pencemaran alam sekitar.
 
D
alam semula jadi tidak pupus.
 
3.
Antara penerangan berikut, yang manakah menerangkan tentang kemandirian spesies haiwan?
 
I
Berkulit keras
 
II
Bertelur dengan banyak
 
III
Menjalankan proses perkumuhan
 
IV
Menyerang musuh yang mengancam anaknya
 
 
 
 
A
I sahaja
 
B
I dan III sahaja
 
C
II dan IV sahaja
 
D
I, II, III dan IV sahaja
 
4.
Siratan makanan penting bagi alam semula jadi kerana
 
A
mengurangkan penyakit berjangkit.
 
B
menyediakan makanan kepada manusia.
 
C
mengelakkan kepupusan haiwan karnivor.
 
D
menjaga keseimbangan alam semula jadi.


   
Rajah 2
5.
Bilangan rantai makanan dalam siratan makanan dalam Rajah 2 ialah
 
A
4
 
B
5
 
C
6
 
D
7
 
6.
Apakah yang akan berlaku sekiranya helang tidak ada dalam siratan makanan  dalam Rajah 2?
 
A
Padi semakin subur.
 
B
Bilangan ular akan bertambah.
 
C
Bilangan burung akan bertambah.
 
D
Siratan makanan itu tidak lengkap.



 
Rajah 3 
7.
Penyiasatan yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dilakukan bagi membuktikan bahawa
 
A
cahaya boleh diserap.
 
B
cahaya boleh dibiaskan.
 
C
cahaya boleh dipantulkan.
 
D
cahaya bergerak lurus.



Soalan Latihan Set 2

1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencaran?
 
A
Proses pembentukan biji benih.
 
B
Proses pemindahan debunga dari satu bunga ke bunga yang lain.
 
C
Pemindahan bahan makanan dari tanah ke bahagian atas pokok.
 
D
Penyebaran buah atau biji benih dari tumbuhan induk ke tempat-tempat lain.
  Konstruk : Pengetahuan dalam sains
Aras : Mudah

2 Antara buah berikut, yang manakah tidak dipencarkan oleh agen pencaran angin?
 
A
Buah sena
 
B
Buah nipah
 
C
Buah meranti
 
D
Biji benih kapas
  Konstruk : Pengetahuan dalam sains
Aras : Sederhana

3 Rajah menunjukkan sejenis buah.
  Apakah ciri khas yang terdapat pada buah tersebut untuk membantu dalam penyebaran bijih benihnya?
 
A
Mempunyai bahagian air di dalam biji benihnya.
 
B
Mempunyai bahagian kulit buah yang kalis air.
 
C
Mempunyai buah yang kering dan ringan.
 
D
Mempunyai isi lembut di dalam buah yang telah matang.
 
  Konstruk : Pengetahuan dan kemahiran dalam sains
Aras : Sederhana

  -Buah bersaiz kecil dan ringan
-Buah mempunyai struktur kepak
4 Maklumat di atas adalah ciri-ciri sejenis buah. Antara buah berikut, yang manakah tidak mempunyai ciri-ciri ini?
 
A
Buah meranti
 
B
Buah keruing
 
C
Buah angsana
 
D
Buah getah
  Konstruk : Pengetahuan dan kefahaman dalam sains
Aras : Sederhana

5 Rajah menunjukkan satu pengelasan agen pencaran.

Antara berikut yang manakah benar tentang kumpulan P?
 
A
Buah mempunyai kepak atau bulu halus.
 
B
Mempunyai bahagian buah yang boleh dimakan.
 
C
Buah mempunyai bahagian bersabut dan kalis air.
 
D
Apabila matang, dinding buah menjadi kering dan tegang.

No comments:

Post a Comment