Friday 7 December 2012

KEMAHIRAN PROSES SAINS



MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat  piawai
  • Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
  • Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
  • Membandingkan objek-objek menggunakan nombor 
  • Menggunakan alat dengan betul 
  • Mencatat bacaan dengan tepat 
  • Mencatat unit dengan betul 
  • Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul
  • Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan 
  • Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor 
  • Menentukan kejituan ukuran tertentu
  • Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

MEMBUAT INFERENS

  • Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak. 
  • menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian mengenal had-had inferens menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

MERAMAL

  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. 
  • Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru membezakan ramalan daripada tekaan

2 comments: